Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

251  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0886.
Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, ABu Ahmad Az-Zubairi memberitahukan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari 'Abdur Rahman bin Al-Harits bin 'Ayyasy bin Abu Rabi'ah dari Zaid bin 'Ali dari Khuzaimah dari 'Ubaidullah bin Abu Rafi' dari 'Ali bin Abu Thalib di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. wuquf di 'Arafah lantas berkata: "Ini adalah 'Arafah dan itu adalah tempat wuquf, seluruh 'Arafah adalah tempat wuquf." Kemudian baginda berangkat ketika matahari terbenam dan mengikuti Usamah bin Zaid. Baginda menunjuk dengan tangannya dalam sikapnya yang biasa sementara orang-orang bergerak ke kanan dan ke kiri. Baginda menoleh kepada mereka dan bersabda: "Wahai manusia, ketenangan berada di atas kamu sekalian". Kemudian baginda datang ke Jam' lantas solat dua rakaat bersama-sama dengan mereka. Pagi harinya baginda mendatangi Qazah dan wuquf di sana, seraya bersabda: "Ini adalah Qazah. Ini adalah tempat wuquf, dan Jam' seluruhnya adalah tempat wuquf. Kemudian baginda berangkat sehingga sampai ke lembah Muhassir, dan baginda memukul untanya maka untanya itu melangkah terus hingga melalui lembah tadi. Baginda berhenti dan mengikuti Al-Fadhl, kemudian mendatangi jumrah dan melemparinya. Baginda lantas datang ke tempat penyembelihan dan bersabda: "Ini adalah tempat penyembelihan; dan Mina seluruhnya adalah penyembelihan. Ada seorang remaja perempuan dari Khats'am mohon fatwa kepada baginda di mana ia berkata: "Ayah saya sudah sangat tua, dan dia sudah terkena kewajipan Allah untuk menunaikan haji, apakah sah bila saya mengerjakan haji untuknya?" Baginda bersabda: "Kerjakanlah haji untuk ayahmu." Ali bin Abu Thalib berkata: "Dan baginda membongkokkan leher Al-Fadhl". 'Abbas lantas berkata: "Wahai Rasulullah, mengapa engkau membongkokkan leher saudara sepupumu?" Baginda menjawab: "Saya melihat remaja lelaki dan perempuan, di mana mereka tidak tergoda syaitan". Kemudian ada seorang lelaki datang kepada baginda dan lantas berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya meninggalkan Mina sebelum saya bercukur rambut". Baginda bersabda: "Cukurlah dan tidak apa-apa; atau potonglah dan tidak apa-apa." 'Ali bin Abu Thalib berkata: "Ada orang lain yang datang dan berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah menyembelih binatang sebelum melempar (jumrah.". Baginda bersabda: "Lemparlah dan tidak apa-apa". 'Ali bin Abu Thalib berkata: "Kemudian baginda mendatangi Baitullah dan tawaf di sana, lantas mendatangi Zamzam dan bersabda: "Wahai keturunan 'Abdul Muththalib, seandainya orang-orang tidak akan mengalahkan kamu atas Zamzam ini nescaya aku hentikan." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Jabir. Abu 'Isa berkata: "Hadis 'Ali ini adalah hadis hasan sahih yang tidak kami ketahui dari hadis 'Ali kecuali dari riwayat ini dari hadis 'Abdur Rahman bin Al-Harits bin 'Ayyasy. Ghairu Wahid juga meriwayatkan hadis seperti ini dari Ats-Tsauri. Pengamalan terhadap kandungan hadis ini disetujui oleh para ulama', di mana mereka berpendapat tentang diperbolehkannya menjama' solat Zohor dan 'Asar di 'Arafah (yang dikerjakan) ada waktu Zohor. Sebahagian ulama' berkata: "Apabila seseorang mengerjakan solat di dalam perjalanannya dan tidak boleh melakukan solat bersama imam, maka bila ia mahu menjama'kan dua solat itu sebagaimana yang telah diperbuat oleh imam. Zaid bin 'Ali itu adalah putera Husain bin 'Ali bin Abu Thalib."

252  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0525.
Abu Sa'i Al-Asyaj meneeritakan kepada kami, 'Abdah bin Sulaiman dan Abu Khalid Al-Ahmar memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Muhammad bin Ishaq dan Nafi' dari Ibnu 'Umar dari Nabi s.a.w. dimana beliau bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu semua mengantuk pada hari Jumaat maka hendaklah ia bergeser pada tempatnya dimana dia mengantuk." Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih." 525. Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Abu Mu'awiyah memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Al-Hajjaj dari AlKakam dari Miqsam dari Ibnu 'Abbas dimana dia berkata: "Nabi s.a.w. mengutus 'Abdullah bin Rawahah dalam suatu peperangan dan saat itu bertepatan dengan hari Jumaat. Pada waktu pagi, teman-temannya siap berangkat dan ia berkata: "Saya akan berangkat belakangan dan solat (Jumaat) bersama Rasulullah s.a.w. kemudian saya akan menyusul mereka". Ketika selesai solat bersama Nabi s.a.w., beliau melihatnya lantas bertanya kepadanya: "Kenapa kamu tidak berangkat pagi bersama-sama dengan teman-temanmu?" la menjawab: "Saya ingin solat bersama engkau kemudian saya akan menyusul mereka". Beliau lantas bersabda: "Seandainya kamu menafkahkan segala apa yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan mendapatkan sebagaimana keutamaan mereka berangkat pagi." Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis yang tidak kami ketahui kecuali dari riwayat ini saja". Ali bin Al-Madini mengatakan bahawa Yahya bin Sa'id mengatakan bahawasanya Syu'bah berkata: "Al-Hakam tidak mendengar dari Miqsam kecuali lima hadis saja", kemudian Syu'bah menghitung kelima hadis itu, dan hadis ini tidak termasuk hadis-hadis yang dihitung oleh Syu'bah, seolah-olah hadis ini tidak pernah didengar oleh Al-Hakarr. dari Miqsam. Pada ulama' berbeza pendapat tentang berpergian pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat dilaksanakan. Sebahagian di antara mereka berkata: "Apabila salah seorang berada pada waktu pagi (di hari Jumaat) maka hendaklah ia tidak bepergian sebelum mengerjakan solat Jumaat,"

253  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2266.
Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Wahab bin Jarir memberitahukan kepada kami, ayahku menceritakan kepada kami, dia berkata: "Aku mendengar An-Nukman bin Rasyid dari Az Zuhri dari Abdillah bin Al-Harits dari Abdillah bin Khabbab bin Al-Aratta dari ayahnya berkata: "Rasulullah SAW melakukan solat lalu memanjangkan solatnya, kemudian para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah engkau melakukan solat yang tidak pernah engkau lakukannya". Beliau bersabda: "Tentu sesungguhnya ia adalah solat pengharapan dan peringatkan sesungguhnya aku memohon kepada Allah di dalam solat tiga kali lalu Dia mengabulkan dua permohonan dan menolak satu permohonan. Aku memohon kepadaNya agar tidak membinasakan ummat ku dengan tahun kekurangan pangan lalu Dia mengabulkannya. Aku memohon kepadanya agar tidak menjadikan penguasa atas mereka musuh dari selain mereka lalu Dia mengabulkannya. Dan aku memohon kepadanya agar sebahagian mereka tidak membunuh sebahagian lain lalu Dia menolaknya." Hadis ini adalah hasan sahih.

254  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0452.
Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Zakaria bin Abu Zaidah memberitahukan kepada kami dari Israil dari Isa bin Abu Gharrah dari Sya'bi dari Abu Tsaur Al Azdi dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah saw memerintahkan kepada ku untuk solat witir sebelum tidur." Isa bin Abi Gharrah berkata: "Sya'bi mengerjakan solat witir di awal malam kemudia tidur." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Dzarr. Abu Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah adalah hadis hasan gharib dari sanad ini. Abu Tsaur Al Azdi namanya Habib bin Abi Mulaikah. Segolongan ulamak dari sahabat-sahabat Nabi dan orang yang sesudahnya lebih senang untuk tidak tidur sebelum melakukan solat witir. Dan diriwayatkan dari Nabi saw, bahawasanya beliau bersabda: "Barangsiapa kuatir untuk tidak bangun di akhir malam, maka solat witirlah di awal malam, dan barangsiapa ingin sekali melaksanakan solat di akhir malam, sesungguhnya membaca Al Quran di akhir malam adalah khusyu' dan itulah yang lebih afdal."

255  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0129.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Al Laits menceritakan kepada kami dari Ibnu Syihab dari Urwah dari Aisyah bahawasanya ia berkata: "Ummu Habibah bintu Jahsy memohon fatwa kepada Rasulullab saw ia berkata: "Sesungguhnya saya istihadhah maka saya tidak suci, apakah menjalankan solat?" Maka Nabi bersabda: "Tidak, itu hanyalah keringat maka mandilah kemudian solatlah'" Maka dia (Ummu Habibah) selalu mandi bagi setiap solat." Qutaibah berkata: " Al Laits berkata: "Ibnu Syihab tidak menyebutkan bahawa Rasulullah saw memerintah Ummu Habibah untuk mandi pada setiap solat, tetapi mandi itu sesuatu yang dia lakukan". Abu Isa berkata: "Hadis ini diriwayatkan dari Az Zuhri dari Amrah dari Aisyah berkata: "Ummu Habibah bintu Jahsy mohon fatwa kepada Rasulullah saw." Sebahagian ahli ilmu berkata: "Wanita yang istihadhah itu mandi pada setiap kali solat. Al Auza'i meriwayatkan dari Az Zuhri dari Urwah dan Amrah dari Aisyah.

256  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0599.
Dari Abu Musa r.a., katanya: Aku dan para sahabat yang serombongan dengan ku dalam suatu perjalanan, berhenti di lembah Baqi'. Sedangkan ketika itu Rasulullah saw. berada di Madinah. Kerana itu bergilir beberapa orang menggantikan Rasulullah saw. jadi imam ketika itu untuk solat Isyak setiap malam. Ketika Rasulullah saw. mengunjungi kami, beliau sedang sibuk dengan urusannya sehingga terlambat solat Isyak sampai larut malam. Kemudian beliau keluar dan solat bersama-sama dengan mereka. Setelah selesai solat beliau bersabda kepada yang hadir, "Perhatikanlah! Aku beritahukan dan aku gembirakan anda semua! Sesungguhnya adalah suatu kurnia Allah kepada anda semua, kerana tidak ada orang solat pada saat seperti ini selain anda semua." Sesudah itu kami pulang dengan gembira, setelah mendengar sabda Rasulullah saw. tersebut.

257  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0324.
Dari Anas, katanya; "Nabi saw. menunda solat Isyak hingga seperdua malam, barulah beliau solat. Kemudian beliau bersabda: "Orang-orang lain telah solat dan mereka telah tidur. Adapun kamu sama juga seperti dalam solat selama kamu menanti-nantikan solat itu."

258  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0099.
Usamah bin Zaid r.a. menceritakan, "Pada suatu ketika Rasulullah saw. Berangkat dari Arafah untuk melakukan suatu perjalanan. Ketika beliau sampai di sebuah jalan pada suatu bukit, beliau turun dan buang air kecil di situ. Kemudian beliau berwuduk dengan sederhana saja. Saya bertanya kepada beliau, "Apakah kita akan solat, ya, Rasulullah ?" Jawab Nabi, "Nanti, di tempat perhentian di muka." Rasulullah menaiki kenderaannya kembali. Setelah sampai di Muzdalifah, beliau turun pula, dan berwuduk dengan sempurna. Kemudian orang qamat untuk solat Maghrib. Tiap-tiap orang menyuruh untanya berlutut (berehat) di perhentian itu. (Tidak lama sesudah itu) orang qamat pula untuk solat Isyak dan langsung melakukan solat. Antara keduanya (Maghrib dan Isyak) Nabi tidak solat (sunat)."

259  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0190.
Abu Bakr bin An Nadhr bin Abin Nadhr menceritakan kepada kami, Hajjaj bin Muhammad menceritakan kepada kami, ia berkata: "Ibnu Juraij berkata: "Nafi' memberitakan kepada kami dari Ibnu Umar berkata: "Orang-orang muslim ketika tiba di Madinah, mereka berkumpul dan menanti saat solat-solat (waktu-waktu solat), dan tidak ada seorang pun yang memanggilnya. Maka pada suatu hari mereka membicarakan mengenai hal itu. Sebahagian dari mereka berkata: "Ambillah loceng seperti loceng orang-orang Nashrani!" Sebahagian dari mereka berkata: "Ambillah terompet-terompet seperti orang-orang Yahudi!" Ia berkata: "Maka Umar bin Al Khaththab berkata: "Apakah kalian tidak mengirimkan seseorang untuk menyeru (memanggil) untuk solat". Ia berkata:"Maka Rasulullah saw bersabda: "Hai Bilal, berdirilah lalu panggillah untuk solat!" Abu Isa berkata: "Ini adalah hadis hasan sahih gharib dari hadis Ibnu Umar".

260  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0861.
Dari Asma' r.a., katanya: "Pada masa (hidup) Rasulullah saw. pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui 'Aisyah, dan ku dapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya, "Kenapa orang banyak pada solat?" Dia memberi isyarat kepada ku dengan kepalanya ke langit. Tanya ku, "Ayat? (tanda kebesaran Allah?)" Jawab 'Aisyah, "Ya, tanda kebesaran Allah." Rasulullah saw. lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing. Lalu ku ambil air satu qirbah dan ku bawa ke dekatku. Kemudian ku basahi kepala dan muka ku. Kata Asma' selanjutnya, "Ketika Rasulullah saw. telah selesai solat, dan matahari telah terang kembali, beliau berkhutbah di hadapan orang banyak. Mula-mula beliau memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu beliau bersabda, antara lain: Tidak satu pun sesuatu yang belum pernah ku lihat, melainkan telah ku saksikan dalam solat ku sebentar ini, sampai-sampai syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepada ku, bahawa kamu segera akan ditanyai dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) Dajjal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu ditanya: "Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?" Adapun orang-orang yang beriman dan meyakini, akan menjawab, "Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk, lalu kami terima dan kami patuhi." Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya, "Kami sudah tahu bahawa kamu betul beriman dengannya. Kerana itu tidurlah dengan nyenyak." Adapun orang-orang yang munafik dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaannya, maka jawabnya, "Aku tidak tahu apa-apa. Ku dengar orang banyak mengatakan begini dan begitu, lalu ku ucapkan pula."